Warga AADK perlu responsif, efektif

Oleh: Nabil Aziz

KAJANG, 3 Julai 2023 – Perhimpunan bulanan Agensi Antidadah Kebanggsaan (AADK) bulan Julai 2023 telah diadakan di Auditorium, Ibu Pejabat AADK, di sini pada Isnin.

Pada perhimpunan tersebut, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon turut berkesempatan menyampaikan amanat dan nasihat kepada pegawai dan kakitangan agar sentiasa bersikap responsif dan efektif dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.

โ€œKita kena ingat pesanan Imam Al-Ghazali yang berkata pengetahuan manusia dibahagikan 4 golongan. Ada golongan yang tahu, dia tahu. Ada golongan yang tahu yang dia tak tahu. Ada golongan yang tidak tahu yang dia tahu. Dan yang palin teruk sekali, yang tak tahu yang dia tak tahu. Jadi dalam AADK ini kita cuba mengenalpasti 4 golongan ni agar yang yang berpengetahuan itu, boleh membimbing golongan yang lain.โ€ Katanya ketika berucap dalam majlis perhimpunan bulanan AADK.

Melalui pensijilan dan prosedur kerja yang telah ditambah baik, ianya juga diharapkan dapat menyatukan warga kerja AADK dalam meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan AADK kepada golongan sasar.

Terdahulu, taklimat berkaitan Pelan Keselamatan Kebakaran Pejabat AADK 2023 telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Keselamatan AADK, Nor Affendi Che Mat.

Pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam penciptaan logo dan jenama produk SUKA. Gambar AADK / Nabil Aziz

Pada majlis sama turut disampaikan sijil penghargaan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat bagi pencipataan logo dan jenama produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (SUKA) AADK serta sijil penghargaan bagi pegawai yang berintegriti sewaktu melaksanakan tugas.

Hadir sama pada perhimpunan ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin; dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar