Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan, pembangunan infrastruktur serta pengurusan sumber maklumat bagi menyokong perkhidmatan teras AADK.
Fungsi
- Menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan personel.
- Membangunkan modal insan melalui latihan dan sumber maklumat.
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan menguruskan hal ehwal kewangan secara efisien.
- Mengawal dan memantau perbelanjaan serta menyelia rekod kewangan.
- Menguruskan pentadbiran am iaitu penyelenggaraan bangunan, kenderaan dan aset.
- Menyediakan anggaran peruntukan belanjawan pembangunan dan memantau prestasi pelaksanaan projek pembangunan.
- Menguruskan pusat sumber maklumat secara sistematik.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan kualiti AADK.
Hubungi Kami
Untuk Makluman Lanjut, sila hubungi Bahagian Khidmat Pengurusan