Agensi Antidadah Kebangsaan menguatkuasakan, menjalankan fungsi seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 6 Akta AADK 2004 kecuali Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988.
Di dalam penguatkuasaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, penekanan telah diberikan kepada seksyen-seksyen seperti berikut:
Fungsi
- Melaksanakan Operasi Mengesan Dan Menangkap Orang Yang Disyaki (OYDS) Penagih Dadah
- Pengurusan Orang Kena Pengawasan (OKP)
- Pengendalian aduan berkaitan dengan permasalahan dadah
- Pembukaan kertas siasatan ke atas OKP yang telah melanggar syarat-syarat pengawasan
- Pendakwaan ke atas kertas siasatan yang telah mendapat arahan tuduh daripada Timbalan Pendakwa Raya
- Pemantapan Pematuhan Pengurusan Keselamatan dan Institusi Pemulihan Dadah
Visi
Memperkasa Penguatkuasaan Ke Arah Negara Bebas Dadah
Misi
Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Secara Berkesan
Objektif
- Mengesan penagih dadah yang enggan menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela;
- Mengesan Orang Kena Pengawasan (OKP) yang tidak mematuhi syarat pengawasan di bawah Seksyen 6(2) (a)-(f) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan)1983;
- Mengambil tindakan ke atas aduan awam yang berkaitan dengan aktiviti penyalahgunaan dadah;
- Mengurus, menyelia dan melaksanakan program Orang Kena Pengawasan (OKP).
- Meningkatkan tahap keselamatan di institusi dan komuniti
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan