Soalan Lazim : Pusat Integrasi Klien (PIK)

1. Apa itu PIK ?

Sebuah fasiliti perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan kepada klien yang dibebaskan dari PUSPEN bertujuan untuk penempatan pekerjaan (HIJRAH) dan mengintegrasikan semula klien dalam masyarakat semasa menjalani program rawatan dan pemulihan di dalam komuniti.

2. Apakah tujuan penubuhan PIK?

  • Memperkasakan prestasi dan potensi kepulihan klien yang telah menjalani proses rawatan dan pemulihan
  • Membina upaya efikasi diri klien dalam menghadapi rejeksi masyarakat
  • Menyedia, meningkat dan membuka peluang kepada klien untuk mendapat kemahiran serta penempatan pekerjaan.

3. Apa yang dimaksudkan dengan residensi?

Klien yang mengikuti program jagaan lanjutan dan tinggal di PIK bagi tempoh 3 hingga 6 bulan.

4. Apakah program psikososial?

Program psikososial adalah program rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada klien bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran dalam mencegah relaps, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar kembali berfungsi sebagai individu yang normal di dalam masyarakat.

Accessibility Toolbar