1. Â Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Rumah Komuniti?
Rumah Komuniti menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
- Program Bimbingan.
- Program Kerohanian dan Keagamaan.
- Pusat khidmat nasihat untuk individu / komuniti mendapatkan maklumat umum berkaitan dadah.
- Pusat aktiviti rawatan dan pemulihan serta pencegahan dadah.
2. Â Siapakah yang berperanan menggerakkan aktiviti di Rumah Komuniti?
- Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Rumah Komuniti yang telah dilantik memainkan peranan utama dalam menggerak dan merancang program-program di Rumah Komuniti.
- Pihak AADK Daerah yang menyelia kemajuan perlaksanaan program Rumah Komuniti juga turut sama-sama terlibat dalam menjayakan program di Rumah Komuniti.
- Pembimbing Rakan Sebaya yang telah ditugaskan untuk menjalankan Kelompok Sokong Bantu dan bimbingan kepada klien.
- Komuniti Setempat.
3. Â Jika saya berminat untuk menyumbang idea / mempunyai pengalaman atau kemahiran untuk sama-sama menggerakkan Rumah Komuniti, siapakah saya perlu rujuk/ hubungi?
Tuan/Puan boleh merujuk atau menghubungi Ketua Pegawai AADK Daerah yang menyelia Rumah Komuniti di kawasan berkenaan untuk berbuat demikian.
4. Â Bolehkah saya menjadi sebahagian daripada AJK Rumah Komuniti?
Boleh, sekiranya anda adalah ahli komuniti di kawasan Rumah Komuniti berkenaan.
5. Â Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di Rumah Komuniti?
- Individu yang mempunyai permasalahan dadah.
- Masyarakat Setempat.
- Orang Awam.
- Pelajar.
- Majikan dan Pekerja.
- Keluarga