RSS Feed

Apa itu RSS?

RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apa itu RssReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/

RSS di Laman Web Agensi Antidadah Kebangsaan

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Laman Web AADK bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh AADK. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar AADK dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Laman Web AADK dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui RSS Feeds ini juga:

1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak

2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)

3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai MAMPU dengan lebih cepat dan berkesan

4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini

Accessibility Toolbar