Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang itu perlu meningkatkan faktor pelindung dan mengurangkan faktor berisiko. Dengan wujudnya kekuatan ini, setiap individu akan berjaya mencegah dirinya daripada terlibat dengan gejala dadah walaupun ia mudah dan senang diperoleh.
Fungsi
Mengikut Akta Agensi Antidadah 2004, fungsi pencegahan adalah seperti berikut :-
- Mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah berbahaya ;
- Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya ; dan
- Menasihati menteri mengenai polisi yang berhubungan dengan pencegahan penyalahgunaan dadah berbahaya.
Hubungi Kami
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pencegahan