Dasar Dadah Negara (DDN) merupakan kerangka kerja yang komprehensif dan terselaras dalam usaha mencegah, merawat dan memulih, menguatkuasakan undang-undang, dan mengurangkan kemudaratan masalah penagihan dadah. Semua agensi penguatkuasaan dadah dan agensi-agensi kerajaan yang lain, termasuk badan-badan bukan kerajaan, akan menjadikan dasar ini sebagai rujukan dan panduan dalam Usaha menangani masalah dadah dalam negara. DDN akan membantu usaha-usaha kerajaan untuk mencapai matlamat mengurangkan penawaran dan permintaan (supply and demand reduction) terhadap dadah di Malaysia, serta rujukan dalam menangani senario gejala dadah semasa yang dihadapi negara.
Dasar ini merupakan pengemaskinian dan penambahbaikan kepada DDN 1996 dan sejajar dengan Arahan Y.A.B Perdana Menteri No.1 tahun 2004.
DDN dibina berasaskan 3 konsep utama iaitu Multidisplin, Komprehensif dan Kepelbagaian.
Please wait while flipbook is loading. For more related info, FAQs and issues please refer to DearFlip WordPress Flipbook Plugin Help documentation.
Â