Komuniti Bebas Dadah

SUKARELAWAN ANTIDADAH (SKUAD AADK)

  • Mewujudkan entiti kesukarelaan yang berperanan untuk menggerakkan aktiviti pendidikan pencegahan dan kesedaran awam mengenai bahaya dadah.
  • Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat.
  • Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah.
  • Menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.
  • Seksyen 6(h) Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004 iaitu mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya.

 

1. Pencegahan Dadah

  • Program dan aktiviti anti-dadah dalam komuniti.
  • Penyampaian mesej bahaya dadah melalui ceramah, pameran, edaran risalah dan sebagainya.
  • Melaksana intervensi awal kepada kumpulan berisiko

2. Agen Antidadah Dalam Komuniti

  • Penyaluran maklumat dan aduan kepada pihak berkuasa terutama AADK.
  • Agen penyebaran maklumat antidadah dan contoh kepada komuniti.

3. Sokongan Emosi

  • Memberi sokongan emosi dan moral kepada anggota masyarakat yang menghadapi musibah dan bencana alam

SUKSES, MATANG, AKTIF, RASIONAL, TANGGUNGJAWAB (SMART)

  • Program SMART merupakan program yang membimbing dan mendidik belia bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta kesedaran tentang bahaya dadah dan cara hidup yang positif bagi melahirkan belia bebas dadah.
  • Menggerakkan belia setempat supaya bertindak memerangi ancaman dadah di tempat masing-masing;
  • Melahirkan belia yang berkemahiran tinggi, berwawasan dan bebas dari ancaman dadah;
  • Menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

 

Program ini dilaksanakan berdasarkan/berpandukan klasifikasi berikut:

  • Program belia di kawasan Bandar
  • Program belia di kawasan luar Bandar
  • Belia berisiko memperolehi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah;
  • Belia berisiko tidak terlibat dengan gejala sosial terutamanya penyalahgunaan dadah;
  • Belia berisiko dapat menyampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya.

SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH PERINGKAT KEBANGSAAN (HADK)

Matlamat program ini adalah untuk memberi peringatan bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan  kesihatan.

  • Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara.
  • Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah memudaratkan kesihatan.
  • Menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai masalah dadah dalam negara.
  • Meningkatkan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan semua pihak dalam usaha membanteras dadah.
  • Pelajar sekolah pra sekolah, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah dan IPTA/IPTS.
  • Kumpulan Belia dan beliawanis
  • Pemimpin politik
  • Pemimpin-pemimpin masyarakat
  • Ibu-bapa
  • Jabatan kerajaan / swasta & NGO/badan siasah
  • Komuniti Felda/Felcra/Risda
  • Perkampungan Tradisional, Perkampungan Nelayan dan Perkampungan Orang Asli.
  • Orang Kena Pengawasan (OKP),
  • Komuniti setempat.

Program Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan dilaksanakan bagi tempoh satu minggu (16 Februari hingga 22 Februari) pada bulan Februari setiap tahun.

  • Semua lapisan masyarakat memainkan peranan dan tanggungjawab dalam usaha menanganimasalah dadah serta mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Keluarga dan anggota masyarakat dapat menerima serta membantu bekas-bekas penagihke arah kepulihan total.

 

SAMBUTAN PERINGATAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA (HADA)

  • Matlamat program ini adalah untuk memberi peringatan bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara-negara di seluruh dunia & kemudaratan kepada kesihatan.
  • Pelbagai program dan aktiviti yang menggabungkan elemen pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan perlu diadakan bagi memastikan dunia bebas dari ancaman dadah.

 

  • Memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat secara berterusan bahawa masalah dadah merupakan ancaman yang perlu ditangani bersama.
  • Menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai senario masalah dadah di negara dan dunia.
  • Meningkatkan keupayaan, komitmen & kerjasama daripada semua negara di seluruh dunia.
  • Meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat dunia bahawa dadah memudaratkan kesihatan.

 

  • Pemimpin-pemimpin negara
  • Jabatan kerajaan / swasta & NGO (PEMADAM, PENGASIH, DIC dan lain-lain)
  • Badan-badan siasah dan pertubuhan antarabangsa (UNODC Bangkok Office, ASEAN Secretariat Jakarta & Colombo Plan)
  • SKUAD AADK
  • Masyarakat tempatan
  • Pelajar sekolah antarabangsa dan IPTA/IPTS (Pelajar asing)
  • Duta-duta asing dan keluarga
  • Program Hari Peringatan Antidadah Antarabangsa merupakan platform dalam memantapkan lagi hubungan dan kerjasama di peringkat antarabangsa yang memainkan peranan dalam menangani masalah dadah.
  • Seluruh masyakarat memainkan peranan masing-masing dalam mencari penyelesaian dan pendekatan terbaik dalam usaha membanteras masalah dadah.

 

MASJID HENTIAN BEBAS DADAH (MAHABAH)

  • Memberi  kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah melalui pendekatan keagamaan
  • Masyarakat mendapat kesedaran dan kefahaman dan menyebarkan maklumat tersebut
  • Tazkirah, usrah, ceramah, kuliah subuh / maghrib, mini pameran
TOP