MTMD: Negeri Kedah lulus dua kertas pertimbangan

Oleh: Nuryani Mat Engtemin

ALOR SETAR, 18 Mac 2024 – Dua kertas pertimbangan yang dibentang menerusi Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Kedah Bilangan 1/2024 meluluskan dua kertas pertimbangan.

Kertas pertimbangan pertama yang diluluskan Kerajaan Negeri Kedah ialah Kempen Papan Informasi Kesedaran Awam manakala kertas kedua pula ialah Program ALteR@Komuniti mendapat sokongan dari kementerian/jabatan yang terlibat.

Mesyuarat yang diurussetiakan Agensi Antidadadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah telah dipengerusikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 6, Wisma Darul Aman.

Dalam mesyuarat berkenaan, Pengerusi meminta agar semua pihak dapat menzahirkan komitmen masing-masing selain usaha ke arah memperhebat kempen kesedaran menerusi penyebaran maklumat berkaitan masalah penagihan dapat dipergiat khususnya memanfaatkan papan iklan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam masa sama, dua kertas makluman iaitu Pelaksanaan Program Tekad bagi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di Negeri Kedah dan Pelaksanaan One Stop Center for Addiction (OSCA) iaitu pusat perkhidmatan rawatan dan intervensi yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah turut dibentangkan dan diambil maklum oleh semua ahli mesyuarat.

Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok mengadakan sesi kunjung hormat kepada YB Mejar (B) Mansor.

Hadir sama pada sesi kunjungan tersebut Pengarah AADK Negeri Kedah, Khairul Anwar Ahmad.

Accessibility Toolbar