SKUAD Antidadah Kubang Pasu agih bubur lambuk

Oleh : Mohd Nazmir Mahadzir

KEPALA BATAS, 21 Mac 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu dan SKUAD Antidadah Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Komuniti Kampung Padang Pekan telah melaksanakan Program SKUAD Bersama Belia di Mukim Naga, pada Khamis.

Program itu bertujuan menyampaikan informasi tentang kepentingan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat serta menggerakkan belia setempat supaya bertindak memerangi ancaman dadah di tempat masing-masing.

Ketua AADK Daerah Kubang Pasu, Norhiza Lah ketika berucap menyampaikan taklimat berkaitan bahaya dadah menekankan pentingnya aspek kesedaran dan pendidikan dalam melawan gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. 

Beliau berkata, semua pihak perlu bersama-sama membentuk persekitaran yang sihat dan menyokong pembangunan generasi muda yang bebas daripada pengaruh negatif dadah.

โ€œSelain taklimat, aktiviti lain yang dilaksanakan ialah gotong-royong memasak dan mengedar bubur lambuk turut diadakan. 

โ€œLebih 400 bungkus bubur telah diedarkan kepada penduduk kawasan tersebut sebagai satu langkah untuk menghargai sokongan daripada masyarakat setempat. 

โ€œAktiviti ini turut disertai oleh ahli SKUAD Antidadah dan komuniti kampung yang bersemangat dalam menyebarkan mesej kesedaran dadah kepada penduduk tempatan,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menambah, AADK Daerah Kubang Pasu turut memperhebat usaha pencegahan dengan penyebaran mesej serta pamplet berkaitan bahaya dadah.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Pengerusi SKUAD Antidadah Kubang Pasu, Amar Yasier Razli.

Accessibility Toolbar