
Sekapur Sireh
Saluran perkhidmatan baharu MRT ini yang berkonsepkan boutique dengan tagline “AADK KEPADA ANDA’’ akan meningkatkan lagi akses rawatan dan pemulihan dadah secara sukarela di negara ini sekaligus memberikan aroma baharu dalam penyampaian perkhidmatan supaya lebih prihatin dan mesra.
SUTEKNO AHMAD BELON
KETUA PENGARAH AADK
Seulas Pinang
Perkhidmatan ini akan dapat meningkatkan kadar klien komplian dalam komuniti seterusnya membantu menambahnilai profesionalisme perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah secara teratur dan berstruktur melalui kolaboratif antara jabatan dan agensi lain.
DATO’ DR. MUHAMAD SADE MOHAMAD AMIN
TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) AADK


Seulas Kata
Sistem Pengurusan dan tadbir urus yang cekap dapat menjamin keberkesanan penyampaian perkhidmatan bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh organisasi
CHAN HONG JIN
TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN) AADK
Semanis Bicara
MRT AADK menawarkan perkhidmatan secara mobile dan community based approach akan mudah dijangkau oleh kumpulan-kumpulan marginal kerana program rawatan pemulihan ini adalah lebih fleksibel, berbentuk pakej rawatan dan pemulihan yang disesuaikan dengan keperluan klien.
SITI MARIAM MURSIDAN
PENGARAH
RAWATAN, PERUBATAN & PEMULIHAN AADK
