Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah

Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) merupakan kawasan tumpuan yang dikenal pasti menghadapi masalah penagihan dadah berdasarkan 60% populasi orang kena pengawasan (OKP) seluruh negara serta ia juga merupakan kawasan yang menyumbang permasalahan sosial seperti pelencongan sosial dan jenayah berkaitan penagihan dadah. Penentuan sesuatu kawasan berisiko tinggi adalah berdasarkan kepada empat indikator utama iaitu OKP, Orang Yang Disyaki (OYDS), penagih baru serta tahap kesediaan komuniti. AADK telah membuat persempadanan semula pada tahun 2020 dan telah mengenalpasti 155 KBT di seluruh negara. Pecahan kawasan adalah seperti berikut :

  1. 122 mukim
  2. 8 zon (WPKL)
  3. 3 sub-zon (WP Labuan)
  4. 22 Daerah Pentadbiran Negeri (Kelantan & Sarawak)

Pelaksanaan program di KBT dinamakan Program Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi Penagihan Dadah melibatkan 155 KBT. Ia merupakan salah satu strategi bagi mencapai Dadah Terkawal 2025. Fokus isu dalam program penghijauan KBT penagihan dadah adalah penyalahgunaan dadah dan bahan, serta pelencongan sosial dilaksanakan secara kolaboratif bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO). Strategi program ini adalah :

  1. Mencegah penagih baharu;
  2. Mengekalkan kadar kepulihan;
  3. Meningkatkan pengesanan penagih dadah;
  4. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan agensi/komuniti; dan
  5. Menyekat kemasukan dadah

155 Kawasan Berisiko Tinggi

Profil KBT

Sasaran Program

Fasa Tindakan

Accessibility Toolbar