Soalan Lazim : Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN)

1. Apakah itu PUSPEN

PUSPEN ialah pusat pemulihan dadah yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN sama ada secara sukarela di bawah seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 atau melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

PUSPEN turut menerima kemasukan klien remaja di bawah peruntukan seksyen 9 Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

2. Siapakah yang layak mendapatkan perkhidmatan PUSPEN?

Program yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kepulihan klien dengan mengimplemenkan penjadualan klien yang mengandungi kandungan Modul Psikosososial yang mempunyai evidence based iaitu :

  • Penagih dadah
  • Pengguna dadah
  • Penyalahguna dadah.
  • Co dependance(ahli keluarga yg terlibat dgn masalah dadah)

3. Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan di PUSPEN ?

Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan

4. Bagaimana mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela di PUSPEN?

Boleh hadir  terus secara walk in ke PUSPEN Sukarela yang disenaraikan atau boleh hadir ke mana-mana Pejabat  AADK Daerah  berhampiran untuk mendapatkan maklumat awal berhubung proses kemasukan ke PUSPEN Sukarela

5. Apakah jenis program rawatan dan pemulihan yang disediakan di PUSPEN?

Program yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kepulihan klien dengan mengimplemenkan penjadualan klien yang mengandungi kandungan Modul Psikosososial yang mempunyai evidence based iaitu :

  • Detoksifikasi Perubatan
  • Pembentukan fizikal dan disiplin
  • Pemulihan psikologi dan mental
  • Sivik dan Tatanegara
  • Latihan Kemahiran dan Vokasional
  • Agama dan Spiritual
  • Sosial dan Reakrasi
  • Integrasi Masyarakat

Accessibility Toolbar