Soalan Lazim : Pusat Khidmat AADK

1.   Apa itu Pusat Khidmat AADK?

Pusat Khidmat AADK adalah pusat aktiviti harian bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan berhubung dgn permasalahan dadah.

2.  Apakah tujuan penubuhan Pusat Khidmat AADK?

  • Memberi perkhidmatan rawatan dan pemulihan kepada mereka yang menghadapi permasalahan dadah dalam komuniti.
  • Memberi perkhidmatan rujukan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan berkaitan permasalahan dadah.
  • Menyediakan pakej rawatan dan pemulihan yang boleh menjadi pilihan kepada pelanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan berkonsepkan โ€˜caringโ€˜.
  • Menyediakan perkhidmatan pencegahan, pendampingan dan pencelahan.

3. Apakah Program Psikososial?

Program Psikososial adalah program rawatan dan pemulihan yang diberikan kepada klien bertujuan untuk mengubah tingkahlaku penagihan, memberi kemahiran dalam mencegah relaps, pengetahuan berkaitan kepulihan dan memberi keyakinan kepada klien agar kembali berfungsi sebagai individu yang normal di dalam masyarakat.

Accessibility Toolbar