Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung Laman Web Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Laman web ini adalah salah satu saluran untuk memperkenalkan AADK kepada masyarakat umum dan sebagai saluran penyebaran maklumat berkaitan agensi dan perkhidmatan kami melalui teknologi maklumat. Semoga maklumat yang dimuatkan dalam laman ini dapat memenuhi keperluan dan membantu anda semua.

Saya berasa amat bangga dan berterima kasih kepada semua pihak atas segala sokongan dan kerjasama yang berterusan bagi menjayakan usaha membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini. Peranan AADK sebagai agensi utama membasmi dadah melalui pendekatan Pencegahan, Rawatan & Pemulihan serta Penguatkuasaan akan terus menjadi keutamaan jabatan. AADK akan memantapkan kerjasama dan koloborasi dengan semua jabatan melalui prinsip Strategi Lautan Biru dan tidak akan bergerak secara solo. Ini bagi memastikan program atau aktiviti yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada masyarakat.

Adalah menjadi harapan saya supaya orang ramai dapat memahami peranan AADK dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dengan bekerjasama dan berganding bahu menjadi mata dan telinga agar generasi dan anak bangsa Malaysia akan dapat diselamatkan daripada kehancuran. Laman web ini juga menyediakan pelbagai maklumat mengenai pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh AADK serta pegawai-pegawai yang boleh dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai maklumat yang dapat membantu kami dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Akhir kata, Saya turut mengalu-alukan orang ramai mengemukakan sebarang cadangan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan laman sesawang ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada webmaster@adk.gov.my supaya laman sesawang ini terus menjadi medium yang berkesan dan bermanfaat kepada semua pihak dalam usaha kita membanteras penyalahgunaan dadah dalam negara. Bersama-sama kita Perangi Dadah Habis-Habisan

Sekian, terima kasih.

Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Accessibility Toolbar