Pengesahan Rekod Permohonan Visa Nigeria

Kedutaan Nigeria di Malaysia pada 1 Februari 2024, telah menetapkan kepada warganegara Malaysia yang ingin memohon Visa buat kali pertama perlu mendapatkan pengesahan rekod daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

(Sila rujuk pautan berikut : https://nigeria.org.my/visa/)

Sehubungan dengan itu, semua pemohon yang hendak mendapatkan pengesahan semakan rekod AADK bagi tujuan permohonan Visa Nigeria, perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti berikut:

i) Salinan Pasport Malaysia;
ii) Salinan Kad Pengenalan;
iii)Salinan Surat Tawaran Pekerjaan; dan
iv) Salinan Sijil Berkelakuan Baik (Good Conduct Certificate) daripada Kementerian Luar Negeri

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Ibu Pejabat AADK melalui e-mel : cawangan_dasar@adk.gov.my atau di talian 03-89112363.

Accessibility Toolbar