Piagam Pelanggan
- Memastikan setiap program pendidikan pencegahan, kesedaran awam dan kesukarelaan dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) kali sebulan bagi 103 daerah;
- Memaklumkan kemasukan klien CCRC kepada keluarga dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari daripada tarikh kemasukan;
- Memberi latihan kemahiran bersijil kepada klien CCRC sepanjang tempoh pemulihan;
- Memproses permohonan dan kelulusan pendaftaran penubuhan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;
- Memberi maklumbalas aduan penagihan dadah kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
- Memberi keputusan permohonan Orang Kena Pengawasan (OKP) meninggalkan kawasan kediaman secara tetap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
- Menyediakan nota ikhtisar dan nota percakapan untuk urusan antarabangsa dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat;
- Menyebarkan maklumat dan mengedarkan surat jemputan berkaitan mesyuarat atau program luar negara kepada pihak ketiga dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah maklumat atau surat diterima;
- Memberi keputusan permohonan Geran Penyelidikan Ilmiah AADK dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Geran Penyelidikan;
- Memberi keputusan permohonan latihan praktikum dan kajian ilmiah yang lengkap daripada pemohon dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh terima;
- Memberi maklumat berkaitan data dadah kepada pemohon dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja daripada tarikh terima.