61 klien terima bantuan keperluan sambut Aidilfitri

KUALA SELANGOR, 1 April 2024 – Seramai 61 klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Selangor menerima sumbangan bantuan barang keperluan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri akan datang.

Program anjuran AADK Negeri Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) bertujuan meringankan beban mereka sekali gus menyemarak suasana Ramadan serta Syawal kepada klien dalam komuniti AADK.

Menurut Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Puan Siti Mariam Mursidan, acara tersebut adalah program tahunan yang diusahakan AADK bagi membantu klien yang kurang bernasib baik.

โ€œProgram seperti ini diadakan sebagai usaha menyokong kepulihan klien AADK yang sedang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) dan ia berada di bawah komponen sokongan sosial.

โ€œMelalui program sebegini, kita berupaya mengeratkan hubungan antara AADK dengan klien serta keluarga klien yang menjadi kumpulan sokongan utama dalam usaha kepulihan sepanjang hayat,โ€ katanya di sini, pada Isnin.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada klien AADK sempena dengan Program Kasih Ramadan AADK di Pejabat AADK Daareh Kuala Selangor.

Menerusi program itu, pelbagai aktiviti di bawah komponen psikospiritual diadakan bersama klien dan keluarganya seperti Khatam al-Quran, ceramah Ramadan, solat fardu dan solat sunat Tarawih berjemaah.

Dalam pada itu, Siti Mariam berkata, pelaksanaan program itu juga untuk meningkatkan kefahaman klien tentang aspek psikospiritual sebagai terapi kepada asas kepulihan.

โ€œDengan adanya program ini, kita percaya dapat meningkatkan kecerdasan emosi, kognitif dan tingkahlaku yang sering terganggu akibat masalah penagihan,โ€ jelasnya.

Ends//

Accessibility Toolbar