PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengupayakan ketahanan diri murid sekolah rendah tahap 2 (lingkungan umur 10 hingga 12 tahun) yang dikenalpasti berisiko terlibat dalam penyalahgunaan dadah

  • Melindungi murid daripada terlibat dengan penggunaan dan penyalahgunaan dadah;
  • Menangguhkan proses penagihan dalam kalangan murid yang dikesan / dikenalpasti mula terlibat;
  • Melakukan intervensi terhadap murid yang terlibat agar bebas daripada dadah.
  • Memberi pengetahuan kepada peserta tentang kesan dan bahaya penyalahgunaan bahan.
  • Membina kemahiran - kemahiran hidup (Life Skills) dan resilien agar tidak terlibat dengan penyalahgunaan bahan.
  • Murid dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari.
  • Pengesanan awal murid yang bermasalah dan berisiko.
  • Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditingkatkan
  • Kemahiran hidup seperti kemahiran asertif, coping skills, kemahiran menangani tekanan dan sebagainya ditingkatkan.
  • Pengukuhan sikap positif dan gaya hidup yang sihat.
  • Penglibatan dan keupayaan keluarga dalam membimbing anak-anak mereka mengatasi masalah berkaitan dadah dapat ditingkatkan.

SAYANGI HIDUP ELAK DERITA SELAMANYA

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mengupayakan ketahanan diri murid (lingkungan umur 13 hingga 18 tahun) yang dikenalpasti berisiko dalam penyalahgunaan dadah

  • Untuk membendung murid yang mempunyai masalah dadah daripada terus terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  • Bagi memastikan murid yang berisiko tidak terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah.
  • Mengenal pasti murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Melaksanakan intervensi kepada pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah
  • Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan mengenai bahaya dadah dan kesannya.
  • Memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Memperkasakan keupayaan dan komitmen sekolah & keluarga dalam membimbing murid mereka mengatasi masalah berkaitan dadah.
  • Pengesanan awal murid yang bermasalah dan berisiko.
  • Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditingkatkan
  • Kemahiran hidup seperti kemahiran asertif, coping skills, kemahiran menangani tekanan dan sebagainya ditingkatkan.
  • Pengukuhan sikap positif dan gaya hidup yang sihat.
  • Penglibatan dan keupayaan keluarga dalam membimbing anak-anak mereka mengatasi masalah berkaitan dadah dapat ditingkatkan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan warga IPT mengenai bahaya dadah dan kepentingan usaha pencegahan agar mereka mengambil tanggungjawab dan mengupayakan diri dalam konteks pencegahan dadah.

Untuk memastikan pelajar dan warga IPT mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah agar mewujudkan Kampus Bebas Dadah

  • Memberi pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah.
  • Membantu pelajar yang terlibat agar bebas dari dadah dengan intervensi & program yang berkesan.
  • Melibatkan warga IPT terutamanya HEP dalam program pencegahan dadah
  • Menggerakkan pelajar IPT sebagai ahli RADA yang proaktif dan berketrampilan
  • Pelajar IPT mendapat pengetahuan, kefahaman, kesedaran & kemahiran tentang pendidikan pencegahan dadah.
  • Pelajar yang terlibat dengan dadah akan mendapat intervensi & program yang berkesan.
  • Warga IPT terutamanya HEP akan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan dadah semasa di kampus
  • Ahli SKUAD 1Malaysia di IPT akan bergerak secara aktif dalam  program pencegahan dadah
ATAS