Pusat Latihan AADK(PLAK)

Pusat Latihan AADK (PLAK) Sungai Petani, Kedah merupakan satu-satunya pusat latihan untuk pegawai/kakitangan AADK. Pusat Latihan ini terletak di utara Semanjung Malaysia dan bersebelahan dengan Intan Wilayah Utara (INTURA). PLAK mempunyai keluasan 20 ekar, terdiri daripada Blok Pentadbiran, Rumah Tamu, 5 Blok Kediaman, Dewan Kuliah, Makmal Komputer, Kafeteria dan Surau.

Bangunan kediaman PLAK ini boleh menampung seramai 180 orang peserta kursus dalam satu-satu masa. Pusat Latihan AADK mempunyai 41 orang pegawai dan kakitangan dan diterajui oleh seorang Pengarah.

PLAK bertanggungjawab menyediakan latihan yang komprehensif kepada pegawai/kakitangan AADK terutamanya dalam bidang โ€˜core businessโ€™ (Rawatan & Pemulihan, Pencegahan, Pengesanan & Pengawasan). PLAK turut menganjurkan kursus-kursus pengurusan umum termasuk teknologi maklumat yang diperlukan oleh setiap pegawai/kakitangan AADK.

Fungsi

  • Menyelaras keperluan peningkatan modal insan yang diperlukan oleh setiap bahagian dalam AADK
  • Menyediakan kursus dan latihan yang diperlukan oleh Bahagian dan Cawangan di Ibu Pejabat AADK
  • Menyediakan khidmat keurusetiaan untuk kursus dan latihan yang dikendalikan oleh AADK di Pusat Latihan
  • Menyelaras takwim latihan dan kursus yang diperlukan oleh setiap bahagian di AADK

Hubungi Kami

Dr. Mohd Rafidi Bin Jusoh
Pusat Latihan AADK Sg.Petani
KM 6, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah

No Tel:04-420 7881
No Fax:04-420 7882 / 04-420 7890
Emel:pengarah_plak@adk.gov.my

Accessibility Toolbar