Soalan Lazim : SKUAD Antidadah

1. Apa itu SKUAD Antidadah?

SKUAD Antidadah merupakan satu entiti kesukarelaan Agensi Antidadah Kebangsaan. Perkataan SKUAD merupakan akronim atau singkatan kepada SUKARELAWAN ANTIDADAH manakala AADK adalah merujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan. SKUAD Antidadah merupakan penjenamaan baru kepada sukarelawan bagi melaksanakan aktiviti berbentuk anti-dadah di dalam kawasan atau komuniti masing-masing.

2. Apakah peranan dan tugas ahli SKUAD Antidadah?

  • Memberi kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat.
  • Memberi pertolongan dan sokongan kepada mereka yang menghadapi masalah dadah.
  • Menjadi agen penyalur maklumat dan mempromosi perkhidmatan AADK.

3. Bagaimanakah untuk menjadi ahli dan menyertai SKUAD Antidadah?

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berminat dengan kerja-kerja kesukarelaan adalah dipelawa untuk memohon. Permohonan hendaklah dibuat secara online di https://skuad.adk.gov.my atau muat turun aplikasi telefon pintar (Google Play Store atau IOS Apps Store) carian SKUAD Antidadah untuk memohon.

Accessibility Toolbar