Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) AADK 2020-2024

PENGENALAN

Pelan Antirasuah Organisasi / Organisational Anti Corruption Plan (OACP) AADK 2020-2024 ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 10 Julai 2020 bersempena Lawatan Kerja YB Menteri Dalam Negeri ke PUSPEN Dengkil, Agensi Antidadah Kebangsaan. 

Pelan Antirasuah ini merupakan satu dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan untuk menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga AADK.

OACP AADK 2020-2024 adalah komitmen dan iltizam Agensi Antidadah Kebangsaan dalam memerangi rasuah dan salah laku integriti demi kesejahteraan organisasi selaras dengan kehendak kerajaan seperti yang telah dinyatakan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) telah diadakan pada 23 Disember 2020. Mesyuarat bersetuju OACP AADK dilaksanakan bermula tahun 2021-2025.

Jumlah Inisiatif asal adalah sebanyak 40 inisiatif. Setelah diadakan pemurnian semula 2 inisiatif digabungkan dan 2 inisiatif digugurkan menjadikan inisiatif terkini adalah sebanyak 36 inisiatif yang merangkumi 9 inisiatif jangka pendek, 22 inisiatif jangka sederhana dan 5 inisiatif jangka Panjang.

KERANGKA OACP

  • 8 Objektif Strategik
    1. Menambah baik Pengurusan Sumber Manusia
    2. Mengukuhkan Sisitem Pengurusan Kewangan dan Perolehan
    3. Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Aset dan Stor
    4. Meningkatkan Kecekapan Pelaksanaan Proses Kerja Melalui Peningkatan Profesionalisme dan Penggunaan Teknologi
    5. Pemantapan Pelaksanaan Pengurusan Khidmat Pelanggan
    6. Menambah baik Proses Penyampaian Perkhidmatan dan Ketelusan Dalam Pelaksanaan Program
    7. Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
    8. Menambah baik Sistem Penilaian Perkhidmatan Pelanggan
  • 5 Strategi
    1. Meningkatkan Kecekapan Khidmat Pengurusan Secara Keseluruhannya
    2. Memantapkan Pelaksanaan Penguatkuasaan dan Keselamatan
    3. Menambah baik Pelaksanaan Program Pencegahan dan Penyampaian Maklumat
    4. Menyedia Dan Memberikan Perkhidmatan Yang Telus Dan Professional Kepada Klien Dan Orang-Orang Yang Terkesan (Significant Others)
    5. Memperbaiki Mutu Perkhidmatan Kepada Pelanggan AADK Secara Keseluruhannya
  • 5 Bidang Keutamaan
    1. Khidmat Pengurusan
    2. Penguatkuasaan dan Keselamatan
    3. Pencegahan
    4. Rawatan, Perubatan dan Pemulihan
    5. Perhubungan Awam
  • 9 Inisiatif Utama (In=Inisiatif)
    1. In 1:       Menguatkuasakan Menguatkuasakan pusingan kerja / job rotation dan job matching untuk mengelakkan conflict of interest.
    2. In 15:    Memastikan perancangan perolehan bekalan dan perkhidmatan adalah mengikut keperluan semasa dengan pematuhan kepada prosedur perolehan, pembekalan dan kontrak secara telus dan adil.
    3. In 16:    Mewajibkan pelaksanaan mekanisme pengurusan sistem pemeriksaan dan mengimbangi (check & balance) secara konsisten bagi mengesan dan mengenalpasti kemungkinan berlaku semasa aktiviti: i. pemalsuan dokumen berhubung apa-apa urusan; dan ii. tuntutan pembayaran (improper payment).
    4. In 18:    Memastikan semua peraturan dan arahan berkaitan pengurusan aset dan stor dipatuhi bagi memastikan pengurusan aset yang sistematik, menyeluruh dan bersepadu.
    5. In 23:    Menambah baik SOP Pengendalian Urin
    6. In 24:    Membangunkan Garis Panduan Pengagihan Bekalan Strip Urin
    7. In 25:    Membangunkan Garis Panduan Pengurusan  Operasi  di  Pusat Hiburan
    8. In 27:    Membangunkan Garis Panduan Penggunaan Alat Komunikasi semasa:
      1. menjalankan pelaksanaan operasi
      2. pelaksanaan pengoperasian di institusi pemulihan
    9. In 35:    Memberi pendedahan berkaitan prosedur dalam pemilihan syarikat dan bekalan bagi pelaksanaan program pencegahan di komuniti secara berkala.
  • Jangka Masa Inisiatif
    • 5 inisiatif Jangka Panjang (5 tahun)
    • 22 inisiatif Jangka Sederhana (3-4 tahun)
    • 9 inisiatif Jangka Pendek (1-2 tahun)

MEKANISME PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN

Laporan Pencapaian Pelaksanaan OACP AADK kepada Pengurusan Tertinggi adalah 3 kali setahun melalui Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) AADK.

PENILAIAN SEMULA

Inisiatif OACP AADK dinilai sekali pada hujung tahun dan tertakluk kepada kemampuan PTJ untuk pelaksanaannya. Pelaksana boleh mengemukakan masalah dan halangan yang perlu diatasi untuk tujuan penilaian semula dan dipersetujui peringkat Jawatankuasa OACP.