Kempen Kesedaran Awam Dan Antidadah

Kempen Kesedaran Awam dan antidadah merupakan kaedah penerangan, penyampian mesej dan pemasaran sosial kepada masyarakat secara umum dan berfokus. Ia bertujuan memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, remaja, belia, keluarga, komuniti dan masyarakat mengenai  ’Lebih baik Cegah’, bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah. Kempen ini memerlukan perancangan yang terancang dan menyeluruh supaya ia dapat difahami dan dirasai oleh semua lapisan masyarakat agar mereka bangkit menentang penyalahgunaan dadah, mendapatkan dan memelihara sokongan masyarakat dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya.

Penggunaan media massa bagi penyampian mesej kesedaran amat penting supaya ia mencapai sejumlah besar pengguna media yang disasarkan melalui komunikasi massa. Penyampaian kempen kesedaran awam dan antidadah menggunakan lima medium iaitu media elektronik, media cetak, media bersemuka, media sosial dan media luar.

Objektif

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan kesannya pada kesihatan.
  • Mengubah sikap dan tingkahlaku masyarakat supaya terus menghindarkan diri dan keluarga dari gejal dadah.
  • Mendapatkan dan memelihara sokongan rakyat untuk sama-sama bangkit memerangi dadah.

Media Elektronik

Kempen melalui media penyiaran di stesen kerajaan dan swasta melalui saluran television dan radio. Ia menumpukan kepada pendengar samada disiaran utama dan peringkat negeri. Antara bahan yang disiarkan melalui television adalah iklan antidadah, pesanan khidmat masyarakat (PSA), drama pendek. Manakala bahan melalui radio adalah pesanan khidmat masyarakat (PSA), lagu dan jingle.

Video Kempen      
Jingle/ Lagu

Media Cetak

Kempen melalui media cetak adalah saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan. Bahan kempen ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti poster, pamplet, brosur, akhbar, majalah, buku dan bahan kempen lain. Bahan ini digunakan dalam medium lain seperti media bersemuka dan media elektronik. Antara mesej disampaikan adalah fakta dadah, kesan penyalahgunaan dadah, panduan / tip, perkhidmatan AADK dan sebagainya.

Pamplet  
Poster

Media Bersemuka

Kempen media bersemuka merupakan interaksi sosial yang dilaksanakan secara langsung melalui komunikasi bersemuka yang membolehkan banyak informasi dapat dikongsikan, maklumbalas yang segera serta lebih efisien dan informal. Pendekatan kempen yang dilaksanakan adalah pameran antidadah samada melalui pameran statik ataupun pameran bergerak (bas pameran), edaran pamphlet melalui temuseru dan walkabout. 

Pameran Antidadah (Permohonan)

Media Sosial

Kempen melalui media sosial lebih berkesan dan dapat mencapai kumpulan sasar lebih muda kerana ia mempunyai sifat yang lebih interaktif berbanding media tradisional seperti media elektronik dan media cetak. Melalui saluran komunikasi digital seperti aplikasi Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube mesej kempen dapat disampaikan lebih luas dan berinteraksi terus di peringkat Ibu Pejabat, Negeri dan Daerah bersama komuniti. Mesej kempen disampaikan melalui poster, video webinar dan sebagainya.

Selain itu AADK menyediakan bahan interaktif dan informatif menggunakan aplikasi seperti permainan, pameran maya dan pembelajaran.

Pameran Maya 
Permainan Mobile
Permainan Komputer

Media Luar   

Kempen media luar merupakan mesej yang disampaikan di Kawasan tumpuan ramai serta komuniti setempat melalui papan tanda dan papan iklan LED. Jangkauan penyampaian kempen yang lebih meluas kepada kumpulan sasar dan mesej lebih bersifat peringatan dan tindakan seperti talian ‘hotline’ AADK bagi aduan dan khidmat nasihat, panduan pencegahan dadah, mesej dalam bentuk keagamaan dan sebagainya

Accessibility Toolbar