Soalan Lazim : Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP)

1.Apakah yang dimaksudkan dengan PPDP?

PPDP bermaksud Pusat Pemulihan Dadah Persendirian dimana ianya berdaftar di bawah seksyen 16 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk melaksanakan program dan aktiviti rawatan dan pemulihan kepada penagih dadah dan orang yang signifikan dengan mereka di dalam atau di luar premis.

2.Bagaimanakah cara untuk memohon pewartaan PPDP?

Pewartaan PPDP boleh dipohon dengan cara menghantar surat permohonan rasmi kepada Pengarah AADK Negeri masing-masing dan perlu memenuhi terma dan syarat-syarat yang telah ditentukan.

3.Berapa lamakah tempoh sah laku sijil pendaftaran PPDP?

Sijil pendftaran PPDP adalah sah selama tempoh PPDP beroperasi dan mematuhi syarat โ€“ syarat yang telah ditetapkan.

4.Apakah sebab-sebab yang membolehkan sijil pendaftaran PPDP dibatalkan?

Apabila PPDP itu gagal mematuhi terma dan syarat kelulusan penubuhan PPDP seperti yang ditetapkan.

Accessibility Toolbar