MTMD: Negeri Sembilan komited laksana strategi untuk capai matlamat Dadah Terkawal 2025

Oleh: Nur Asmida Mohamad Jali

SEREMBAN, 26 Mac 2024 – Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sembilan Bilangan 1/2024 telah diadakan pada Selasa bertempat di Bilik Dato’ Klana Petra, Wisma Majlis Bnadaraya Seremban, Seremban.

Mesyuarat yang diurussetiakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dipengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun membentangkan dua kertas makluman berkaitan isu-isu penagihan di negeri tersebut.

Kertas makluman pertama dibentangkan oleh AADK Negeri Sembilan berhubung tindakan dan pelaksanaan Dadah Terkawal 2024 Fasa 1 dan 2 Negeri Sembilan manakala kertas makluman kedua pula adalah daripada Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan berhubung laporan Senario Dadah.

Hasil pembentangan itu, usaha yang digerakan secara bersama mendapat mendapat maklumbalas positif daripada YAB Menteri Besar serta semua pemimpin komuniti dan ketua-ketua jabatan.

YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin berpendapat, pendekatan ziarah dan outreach di dalam komuniti memberi impak positif kepada kumpulan sasar dan turut menggesa semua jabatan serta agensi kerajaan dan penggerak komuniti untuk memberi peluang kepada klien-klien di dalam komuniti untuk bersama-sama melaksanakan program bagi memupuk rasa tanggungjawab dalam menyelesaikan amanah yang diberi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Zafir Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Ismail Lasim; Penasihat Undang- Undang Negeri, YB Datoโ€™ Muzalmah Mustapha Kamal; Pegawai Kewangan Negeri, YB Datoโ€™ Mohd Khidir Majid dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok.

Accessibility Toolbar