TEKAD AADK diterima baik Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Oleh: Marlina Bingalun dan Nor Hajar Aswat Kamis

GEORGE TOWN, 13 Februari 2024 – Sebanyak lapan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mendapat sijil pengiktirafan selepas berjaya melaksanakan program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang dikelola oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Antara jabatan tersebut ialah Jabatan Kehakiman Syariah; Perbadanan Bukit Bendera; Majlis Bandaraya Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Negeri Pulau Pinang; Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri; Jabatan Taman Botani serta Pejabat Tanah dan Galian negeri.

TEKADPenang

Kesemua jabatan itu memperoleh pensijilan lima bintang berdasarkan kepada garis panduan TEKAD terutamanya melaksanakan lima daripada tujuh langkah yang ditetapkan bagi memperoleh pengiktirafan dan Sijil Pengiktirafan TEKAD.

AADK Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang (PSKPP) telah membangunkan Garis Panduan Perlaksanaan Tempat Kerja Bebas Dadah Sektor Awam Negeri Pulau Pinang.

Sijil itu diserahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Rosli Isa sempena Majlis Amanat YB Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini.

Mengiringi penyampaian Sijil tersebut ialah Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Elmariah Chung.

Sebagai rekod, program TEKAD bertujuan memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada ancaman dadah dan bahan.

Program TEKAD adalah petunjuk prestasi utama (KPI) bagi setiap jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri selaras dengan misi Penang Lawan Ancaman Dadah dan Dadah Terkawal 2025.

Accessibility Toolbar