SSPDK platform kongsi fakta berkaitan penyalahgunaan dadah ‘ Wujud dahulu mekanisme kawalan industri ganja, ketum’

Oleh: Fauzi Suhaimi

Putrajaya, 6 Oktober 2002 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membuka peluang kepada para peserta dan orang awam menerusi platform Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan 2022 bertemakan Kongsi Fakta Sayangi Keluarga Malaysia di Hotel Marriott Putrajaya pada Khamis.

Program ini bertujuan adalah sebagai platform dan medan perbincangan intelektual serta penerokaan pendekatan dan strategi baharu dalam bidang penawaran dan permintaan dadah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu adalah bagi melindungi rakyat Malaysia daripada sebarang kemudaratan akibat penyalahgunaan dan penagihan bahan-bahan psikotropik yang terdapat pada kedua-dua tanaman tersebut.

โ€œWalaupun ada pihak yang mencadangkan supaya dibenarkan pengeksportan ketum ke negara jiran, saya berpandangan bahawa sebarang tanaman untuk tujuan eksport akan menjadi satu tanaman komoditi,โ€ katanya dalam majlis perasmian Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan Tahun 2022 bertema โ€œKongsi Fakta, Sayangi Keluarga Malaysiaโ€ anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datoโ€™ Abdul Halim Abdul Rahman berkata, dengan berkongsi fakta berkaitan dadah dan akibatnya, saya yakin para hadirin dapat memainkan peranan aktif untuk melindungi orang-orang sekililing yang kita sayangi daripada bahana dadah.

โ€œSaya menyeru para hadirin untuk bersama-sama memikul tanggungjawab menjaga keselamatan dan memelihara ketenteraman negara yang digerakkan melalui Kempen Kita Demi Negara dan menjadi Sahabat KDN.โ€ Demikian ucapannya ketika merasmikan program tersebut.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon menjelaskan sesi pada hari ini akan dapat meningkatkan perkongsian amalan terbaik serta program-program berasaskan pembuktian yang dikongsi oleh pembentang-pembentang yang terdiri dalam kalangan ahli akademik, pakar psikiatrik, pegawai pemulihan dadah, SKUAD Antidadah dan pegawai dari Kementerian dan Jabatan.

Simposium ini telah disertai seramai 1,141 peserta yang melibatkan tiga pembentangan plenari, 12 pembentangan selari dan 20 pembentangan poster kajian dalam memberi maklumat yang tepat lagi sahih dalam aktiviti berkaitan penyalahgunaan dadah dalam negara.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan di bawah akta itu jika disabitkan kesalahan akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Chan Hong Jin dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Accessibility Toolbar