Sokongan masyarakat bantu klien kekal pulih, bina hidup baharu

Oleh: Rashdan Zakaria

PERAK, 20 Ogos 2022 – Dalam usaha memerangi permasalahan dadah di negara ini, jabatan kerajaan disarankan untuk sentiasa proaktif dan berganding bahu bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Saranan itu antara inti pati dizahirkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Aminuddin Zulkipli pada Program Ziarah Kasih, Santuni Klien di Pejabat Penghulu Mukim Slim, Perak.

Aktiviti berkenaan merupakan anjuran bersama AADK, Pejabat ADUN Behrang dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Muallim.

slim river tuan sutekno ahmad belon
Aminuddin (dua dari kiri) bersama Tuan Sutekno (dua dari kiri) pada Program Ziarah Kasih, Santuni Klien di Pejabat Penghulu Mukim Slim, Perak baru-baru ini.

Sementara itu, pada sesi yang turut disertai Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Batang Padang dan pemimpin masyarakat setempat, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon memberi penerangan mengenai perkhidmatan agensi antaranya Model i-Pulih AADK yang membantu klien dari segi mental, fizikal, rohani dan intelektual.

Beliau juga menjelaskan bahawa kumpulan klien amat memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga dan masyarakat agar mereka kekal pulih sepanjang hayat.

slim river
Kumpulan klien amat memerlukan sokongan berterusan daripada keluarga dan masyarakat agar mereka kekal pulih sepanjang hayat.

Selain pemasangan papan tanda ‘Lebih Baik Cegah’ di Arena Amanjaya, Slim River, acara diteruskan dengan menyantuni lima buah rumah klien dan agihan sumbangan pek makanan di Kampung Jurong, Kampung Pasir Ulu Slim dan Kampung Rasau di sini.

Hadir sama menjayakan aktiviti ialah Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah; Pengarah AADK Negeri Perak Azizi Salleh dan Pengerusi PEMADAM Daerah Batang Padang, Dr. Mohd Muzafar Shah Mohd Razali.

slim river tuan sutekno ahmad belon
slim river tuan sutekno ahmad belon
Aktiviti pemasangan papan tanda ‘Lebih Baik Cegah’ di Arena Amanjaya, Slim River, Perak.

Accessibility Toolbar