Skuad Antidadah SPS wujudkan Laman Agro

Oleh: Muhammad Yasin Bin Yahaya dan Nor Hajar Aswat Kamis

NIBONG TEBAL, 12 Februari 2024 – Dalam usaha mencapai Kempen Tanaman 100 Juta Pokok, Skuad Antidadah Seberang Perai Selatan (SPS) komited melaksanakan kempen memanam pokok dengan mewujudkan Laman Agro di sekitar kawasan Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah SPS, Pulau Pinang.

Menurut Timbalan Pengerusi SKUAD Antidadah SPS, Rokiman Shah, usaha itu dilaksanakan Skuad Antidadah SPS dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah SPS bagi mewujudkan aktiviti sihat dan mengisi masa lapang dengan bercucuk tanam.

“Sehingga hari ini, kempen tersebut berjaya mewujudkan satu projek yang diusahakan sendiri oleh Skuad Antidadah SPS menerusi Projek Tanaman Limau Kasturi di Kampung Sungai Kechil.

“Kita juga telah adakan sesi lawatan oleh beberapa pihak luar, rakan pintar dan rakan strategik serta aktiviti gotong-royong melibatkan klien AADK di daerah berkenaan,”kataya di sini, pada Jumaat.

Terdahulu Laman Agro itu dirasmikan oleh Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, Khairulnizam Hashim dan turut dihadiri Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang, Elmariah Chung, Ketua AADK Daerah SPS, Ku Muhaizat Ku Malim dan Pengerusi SKUAD Antidadah SPS, Nurhidayah Che Rose.

Accessibility Toolbar