SKUAD Antidadah Pahang aktifkan misi bantuan pasca banjir

Oleh: Mohd Hairul Anuar Mat Sabli

KUANTAN, 24 Disember 2021 – Episod hujan lebat berterusan sejak 17 Disember lalu disusuli pula fenomena air pasang dan limpahan air Sungai Pahang dari hulu ke hilir telah menyebabkan beberapa daerah di Pahang dilanda banjir kilat.

Bencana alam itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada nyawa, bahkan telah menyebabkan tanaman rosak dan kemusnahan harta benda.

Lebih memilukan sebahagian kediaman penduduk setempat terjejas dibanjiri selut dan lumpur akibat bah.

Sehubungan itu, atas dasar tanggungjawab sosial (CSR), keprihatinan dan kebersamaan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pahang menerusi SKUAD Antidadah Pahang segera digerakkan bagi melaksanakan misi kemanusiaan bantuan pasca banjir.

Hairul Azzuan (gambar kecil) menyatakan seramai 50 SKUAD Antidadah Pahang digerakkan ke daerah terjejas bagi melaksanakan misi bantuan pasca banjir. – Gambar AADK / MOHD HAIRUL ANUAR MAT SABLI

Pengerusi SKUAD Antidadah Pahang, Hairul Azzuan Ishak berkata, matlamat CSR tersebut adalah untuk membantu meringankan beban dihadapi mangsa banjir.

โ€œKira-kira 50 sukarelawan SKUAD Antidadah termasuk pegawai AADK turun padang melaksanakan misi bantuan di daerah-daerah dilanda banjir.

“Dijangkakan, jumlah sukarelawan akan bertambah dari semasa ke semasa berikutan air banjir di beberapa daerah masih belum surut,” katanya baru-baru ini.

Bicara lanjut, Hairul Azzuan menjelaskan bahawa selain operasi pembersihan rumah dan kawasan sekitar yang terjejas banjir, SKUAD Antidadah turut membantu di pusat pemindahan sementara (PPS).

Ini termasuklah, bergotong-royong membina saliran sementara dan mengagihkan makanan serta keperluan asas kepada mangsa banjir.

AADK dengan kerjasama SKUAD Antidadah sentiasa komited membantu dan memastikan kesejahteraan masyarakat dalam apa jua bentuk kecemasan dan bencana yang berlaku.

โ€œWalaupun sumbangan ini tidak mampu menampung kerosakan dan kerugian dialami, namun diharapkan sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban mereka (mangsa banjir).

“SKUAD Antidadah Pahang sentiasa bersiap-siaga berkhidmat buat masyarakat dan menyeru orang ramai untuk bersama-sama kami melaksanakan misi bantuan pasca banjir,” jelasnya.

Pihak AADK dengan kerjasama SKUAD Antidadah sentiasa komited membantu dan memastikan kesejahteraan masyarakat dalam apa jua bentuk kecemasan dan bencana yang berlaku.

Accessibility Toolbar