Separuh KBT berjaya ditukar status KBR

Oleh : Fauzi Suhaimi

KAJANG. 2 Januari 2024 – Separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) yang dikenalpasti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya ditukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR) di seluruh negara sehingga 2023.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, sehingga November 2023, sebanyak 77 KBT atau 99 peratus mencapai status hijau dan bertukar status kepada KBR berbanding 39 KBT pada tahun 2022.

Kata beliau, 16 daripada 77 KBT yang berada dalam status KBR telah diserahkan kepada komuniti untuk tujuan pengekalan KBR.

“Melihat kepada momentum kejayaan ini, AADK yakin dan meletakan sasaran untuk menukar status KBT di 117 kawasan melibatkan 39 KBT semasa manakala 78 lagi KBT pengekalan bagi memastikan semua kawasan โ€˜panasโ€™ atau hotspot itu kekal sebagai status KBR pada tahun 2024,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu sempena dengan Perhimpunan Bulanan Januari AADK di sini, pada Selasa.

Sementara itu, bagi KPI kadar penahanan orang yang disyaki (OYDS) penagih dadah pula, AADK menetapkan sebanyak 91 peratus daripada 19,238 OYDS yang dikesan di seluruh negara adalah mereka yang secara sahih positif dadah.

“Suka saya kongsikan kepada semua kerana AADK berjaya mencapai sasaran tersebut pada tahun ini iaitu sebanyak 17,569 atau 91.32 peratus OYDS yang dikesan didapati positif dadah berbanding 42,446 atau 113 peratus OYDS yang ditahan daripada 37,657 OYDS pada tahun lalu.

“Selain pencapaian yang telah saya nyatakan tadi, banyak lagi pencapaian-pencapaian lain di lakar AADK sepanjang tahun 2023.

“Biarpun pencapaian itu dilihat sebagai suatu yang kecil, tapi amat besar maknanya buat kita semua untuk melipatgandakan lagi usaha bagi mencantumkan kejayaan-kejayaan kecil itu menjadi sebuah kejayaan yang tidak akan dilupakan pada masa akan datang,” ujarnya.

Accessibility Toolbar