Lawatan Kerja Ketua Pengarah Ke AADK Negeri Kelantan

Kelantan, 12 Julai – Lawatan kerja rasmi yang diketuai oleh YDH CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari dua malam di negeri Kelantan Darul Naim. lawatan ini bertujuan untuk melihat perlaksanaan Projek Rintis di Negari Kelantan serta membincangkan isu berkaitan penyeludupan dadah di negeri pantai timur.

Selain daripada itu beberapa program turut dilaksanakan anataranya program sembang santai bersama komuniti, program ini bertujuan untuk melihat dan mendengar sendiri masalah yang di hadapi oleh masyarakat setempat berkaitan isu penyalahgunaan dadah. Oleh yang demikian beberapa isu dikenalpasti antaranya stigma masyarkat terhadap bekas penagih dadah.

Pada hari terakhir lawatan kerja rasmi ini, Majlis Sesi Dialog yang diadakan antara Ketua Pengarah AADK bersama ketua-ketua jabatan dan pemimpin komuniti kawasan Pengkalan Chepa telah membincangkan usaha dalam mengambil langkah drastik dalam bersama-sama membantu komuniti untuk memastikan kawasan tersebut bersih dari penyalahgunaan dadah dan substan. Lawatan kerja rasmi selama tiga hari ini diakhiri dengan fokus yang disampaikan oleh Ketua Pengarah AADK dalam menegaskan bahawa stigma dalam kalangan masyarakat harus diubah untuk bersama membantu klien supaya diterima baik dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat serta bebas tanpa dadah.

Accessibility Toolbar