Oleh: Ahmad Hakim Baihaqi Suhaimi dan Amir Zahien Amran
TANJUNG KLING, 19 Oktober 2023 – Program psikospiritual melalui pendekatan agama dan kerohanian yang ada dalam komponen Model I-Pulih Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dilihat dapat membantu meningkatkan keupayaan kepulihan klien.
Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, Penolong Pegawai Hal Ehwa Islam (PPHEI) yang ditempatkan di fasiliti AADK perlu diperkasakan daripada pelbagai aspek khususnya dalam melaksanakan peranan membentuk tingkah laku klien.
Jelas beliau, usaha itu turut menjadikan insan yang tersalah langkah agar lebih memahami tujuan sebenar kehidupan dan tahu erti tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan
masyarakat seterusnya berfungsi dalam masyarakat.
โOleh yang demikian, usaha ini perlu diteruskan kerana kita percaya penekanan terhadap tiga aspek penting iaitu roh, jasad dan akal ini
mampu memberikan impak yang positif dan memberangsangkan kepada klien.
โSaya juga berharap agar setiap peserta mampu memahami dan mendalami semua elemen yang terdapat dalam Model i-Pulih AADK agar proses rawatan dan pemulihan klien dapat berjalan lancar serta mematuhi garis panduan yang ditetapkan,โ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem Pengukuhan Pegawai Agama Dalam Institusi dan Komuniti AADK 2023 di sini, pada Khamis.
Yang turut hadir Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah AADK Melaka, Noor Azrimah Ahmad; Pengarah PUSPEN Tiang Dua, Dzulkhissham Rahmat Rahaman dan Siti Zaharah Bechi.
Dalam pada itu, Tuan Sutekno meminta agar mana-mana pegawai AADK yang aktif melalukam ceramah di surau atau masjid dapat menyebarkan mesej antidadah selain menjelaskan kepada masyarakat tentang tanggungjawab untuk sama-sama membantu memberi kepulihan kepada klien AADK.
โDengan cara ini, saya pasti ia sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang proses kepulihan,โ katanya.