Pindaan RUU APD dalam peringkat akhir

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kini dalam peringkat akhir meminda Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi menghapuskan sistem hukuman penjara untuk kesalahan penyalahgunaan dadah ringan.

Perkara itu secara tidak langsung dapat menukarkan kaedah hukuman kepada program rawatan dan pemulihan dadah secara menyeluruh.

Menterinya, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses pindaan itu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti khususnya AADK..

โ€œSekarang, kita (KDN) sedang harmonikan (proses) fasa akhir. Kalau semua berjalan lancar, insya-Allah pada sidang (Dewan Rakyat) yang terdekat ini, kita akan bentangkan pindaan Akta Penagih Dadah ini dan saya fikir ia adalah satu pencetus perubahan,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Terbuka AADK 2024 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi di sini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut Saifuddin Nasution, pindaan akta itu dibuat untuk memberi peluang kedua kepada penagih serta mengurangkan kesesakan di 41 penjara seluruh negara terutama bagi pesalah penagih yang didapati telah menyalah guna bahan terlarang berkenaan.

โ€œDi dalam 41 penjara, kita ada lebih kurang 78,000 penghuni (pesalah) dan apabila dibuat pemprofilan data, didapati sebahagian besar kesalahan mereka berkait dengan dadah iaitu bermula dari mengedar sehingga salah guna dadah yang merupakan kesalahan kecil.

โ€œJadi kalau semua kita nak ikut jalur sedia ada, penjara akan semakin sesak dan tidak kondusif. Oleh itu, dengan pindaan ini, harapan kita adalah kalau setakat perkara (kesalahan) berkaitan penyalahgunaan, kita nak menyahjenayah mereka supaya dapat dihantar ke pusat pemulihan,โ€ jelasnya.

Pada masa sama, beliau berkata pindaan itu akan memberi kebenaran kepada pegawai pemulihan dadah untuk menjalankan saringan ujian kencing terhadap seseorang individu dan menentusahkan sama ada mereka positif dadah ataupun tidak, sebelum individu itu boleh dihantar ke ke program rawatan dan pemulihan dalam institusi ataupun komuniti.

Mengikut amalan biasa, katanya saringan dan penentuan ujian itu hanya boleh dilakukan oleh pegawai perubatan.

Accessibility Toolbar