Talian Hotline Tele-Hello AADK dilancar

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Satu lagi saluran perkhidmatan baharu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) iaitu Talian Hotline Tele-Hello AADK dilancarkan sempena dengan Program Hari Terbuka AADK 2024.

Saluran itu adalah bagi memberi advokasi dan khidmat nasihat berkaitan masalah penagihan dadah secara atas talian.

Menurut Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan, perkhidmatan berkenaan mula diperkenalkan AADK sejak tahun 2020 selepas negara dilanda jangkitan
Covid-19 yang menghadkan program rawatan dan pemulihan secara fizikal.

Katanya, saluran itu diperkenalkan untuk menyediakan advokasi awal, sesi kaunseling, khidmat nasihat dan
sebagainya sama ada kepada penagih, keluarga atau komuniti.

โ€œSehingga hari ini, seramai 42 pegawai AADK dan ada diantara mereka adalah kaunselor bertauliah yang telah dilantik sebagai pemudah cara di seluruh negara yang sentiasa bersedia untuk menyampaikan perkhidmatan itu,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual sempena dengan Program Hari Terbuka AADK 2024 yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi, di sini pada Selasa.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi; Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil.

Terdahulu YB Datuk Seri Dr. Wan Azizah turut melancarkan Talian Hotline Tele-Hello AADK, Bilik Terapi dan menyaksikan pelancaran jenama baharu Pejabat AADK Daerah dan Pusat Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti.

Dalam pada itu, Siti Mariam berkata, tujuan program itu diadakan untuk memberi informasi dan pendedahan berkaitan perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang disediakan AADK.

Jelasnya, Ia juga adalah sebagai satu cara meningkatkan usaha-usaha kolaboratif dengan jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah dalam komuniti.

โ€œTema program Hari Terbuka AADK 2024 ialah โ€˜Insan Madani Pemangkin Kepulihanโ€™ dipilih amat bertepatan dengan harapan keluarga, masyarakat dan setiap individu untuk memainkan peranan secara langsung dalam memantapkan usaha rawatan dan pemulihan dadah,โ€ katanya.

Sementara itu, beliau menambah, seiring dengan usaha ini, AADK turut menggiatkan mempromosikan usaha rawatan dan penagihan dadah secara sukarela. Mengikut statistik pada tahun 2023, direkodkan seramai 961 orang klien sukarela menjalani rawatan dan pemulihan di dalam institusi dan seramai 1,499 orang klien sukarela menjalani rawatan dan pemulihan di dalam komuniti.

โ€œJumlah ini amat sedikit berbanding klien yang menjalani program rawatan dan pemulihan secara mandatori iaitu 8,958 orang di PUSPEN dan 63,873 orang di dalam komuniti,โ€ ujarnya.

Accessibility Toolbar