Penang lawan ancaman dadah

Oleh: Nor Hajar Aswat Kamis

GEORGETOWN, 20 Jun 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang menganjurkan Bengkel Design Thinking Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah bagi Mukim 19, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Pada 12 Jun 2023 di Bukit Mertajam, di sini.

Bengkel berkenaan bertujuan merancang dan menghasilkan pelan tindakan bersepadu membanteras masalah penyalahgunaan dadah di kawasan berkenaan.

Seramai 45 peserta terdiri daripada wakil jabatan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin-pemimpin komuniti dari kawasan Mukim 19 SPT menyertai bengkel berkenaan.

PESERTA

Sesi perbincangan Pengarah AADK Negeri Pulau Pinang (Kanan) bersama peserta. Gambar AADK / Nor Hajar Aswat Kamis

Antara pengisian bengkel adalah sumbang saran dan perbincangan kumpulan serta pembentangan idea daripada peserta bengkel.

Bagi menyahut cabaran Dadah Terkawal 2025, AADK Negeri Pulau Pinang terus komited merangka pelan sistematik bagi tempoh 5 tahun iaitu Penang Lawan Ancaman Dadah (PLAD) yang digerakkan bermula tahun 2021 hingga 2025.

Antara program KBT yang digerakkan melalui kempen PLAD ialah di Mukim 1, Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Mukim 21, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada tahun 2021.

Tahun 2022 bagi Mukim 20, Daerah SPT dan Mukim 13, Daerah Timur Laut (TL) manakala tumpuan diberikan kepada Mukim 19, Daerah SPT dan Mukim 13, Daerah TL untuk tahun ini.

Perancangan program bagi tahun 2024 pula memfokuskan kepada KBT Mukim 16, Daerah SPT dan kajian keberhasilan program turut dilaksanakan kepada semua KBT.

Sementara itu, bagi KBT yang berjaya dihijaukan mengikut indikator yang ditetapkan oleh AADK, program pengekalan penghijauan terus dilaksanakan.

Accessibility Toolbar