MTMD: Tiga kertas pertimbangan diluluskan Kerajaan Negeri Sembilan

Oleh: Amir Zahien

SEREMBAN, 14 Mac 2023 – Tiga  kertas pertimbangan iaitu Hala Tuju dan Pelan Tindakan Dadah Terkawal Negeri Sembilan, Program Remaja Universiti Sihat dan Karnival Kesihatan Untuk Rakyat ‘Sempena Hari Hepatitis C dan AIDS Sedunia’ dan Pelan Tindakan Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Daerah diluluskan menerusi Mesyuarat Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 1 Negeri Sembilan di Bilik Dato’ Klana Petra, Majlis Bandaraya Seremban, Seremban pada Selasa.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan bersetuju dengan dua kertas pertimbangan yang diusulkan bagi memastikan Negeri Sembilan bebas daripada masalah penyalahgunaan dadah.

Dato’ Seri Aminuddin berkata, konsep perkhidmatan ‘door to door’ perlu diperluas kerana ia memberi impak positif secara langsung kepada klien-klien yang memerlukan.

Beliau turut menyarankan agar setiap jabatan dan agensi dapat menyantuni pelanggan masing-masing secara berkala sehingga ke peringkat akar umbi agar rakyat Negeri Sembilan merasai perkhidmatan yang kita sampaikan.

Kertas pertimbangan pertama, Hala Tuju dan Pelan Tindakan Dadah Terkawal Negeri Sembilan yang dibantang Agensi Antidadah Kebangsa (AADK) bagi merangka pelan tindakan melalui empat fasa iaitu pembersihan kawasan, intervensi, pengukuhan dan pengekalan.

Fasa tersebut antaranya bagi memutuskan rantaian permintaan dan penawaran dadah, intervensi kepada kumpulan sasaran dan kawasan terkesan isu dadah dan susulan kepada kumpulan sasar bagi peneguhan faktor pelindung.

Kertas pertimbangan kedua yang disokong ialah Program Remaja Universiti Sihat dan Karnival Kesihatan Untuk Rakyat sempena Hari Hepatitis C dan AIDS Sedunia yang memfokuskan aspek pencegahan penularan jangkitan virus HIV dalam kalangan masyarakat dan pelajar Universiti Awam dan Swasta.

Pada masa sama, kertas pertimbangan turut diluluskan ialah Pelan Tindakan Penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Daerah bagi merancang Program Penghijauan KBT dengan lebih sistematik dan memilikhakkan program antidadah kepada komuniti.

Hadir menyertai mesyuarat itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Sembilan, YB Dato’ Muhamad Nahar Mohd Sidek; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah AADK Negeri Sembilan, Dr. Hadijah Baba.

Accessibility Toolbar