Minda perlu sedia hadapi pindaan APD 1983 – KP AADK

Oleh: Nadhratun Nabila Rashid

KAJANG, 5 Februari 2024 – Semua warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diminta untuk mempersiapkan diri khususnya dalam aspek kesediaan minda (mental readiness) untuk mengaplikasikan akta baharu bagi menggantikan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, perkara itu penting bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan mempunyai tahap kesiapsiagaan yang tinggi untuk berdepan dengan cabaran lebih besar selepas akta baharu itu diwartakan.

โ€œSaya ingin juga ingin menekankan kepada mental readiness atau persediaan minda. Pada tahun ini kita akan laksanakan satu lonjakan yang besar melalui pindaan kepada Akta Penagihan Dadah 1983.

โ€œApa yang kita akan laksanakan ini adalah satu revolusi dan anjakan besar yang perlu semua orang sedia, sahut, dan buat persediaan. Jadi, pindaan ini adalah memerlukan satu kesediaan mental pada tahap paling tinggi.

โ€œSaya juga telah meminta kepada semua timbalan-timbalan saya, pengarah-pengarah bahagian dan negeri untuk sentiasa bersedia dan membuat persediaan seperti penyediaan Perintah Tetap Ketua Pengarah, kaedah baharu, Sistem MyAADK dan sebagainya. Kita tidak mempunyai tempoh yang lama kerana pindaan ini akan dibentang dalam Parlimen bulan hadapan,โ€ katanya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan AADK bagi bulan Februari.

PBFeb2024
Tuan Sutekno Ahmad Belon ketika menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan AADK bagi bulan Februari – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Dalam pada itu, Tuan Sutekno menegaskan supaya warga kerja AADK perlu memberi penekanan kerja terhadap disiplin dalam pelbagai aspek pekerjaan.

Hal itu menurut beliau bagi meningkatkan mutu kerja, proses kerja, produktiviti dan perkhidmatan ketika menjalankan tugas secara berterusan.

โ€œIni termasuk persekitaran kerja juga perlu dititikberatkan dari aspek kebersihan supaya dapat kerja dalam keadaan yang kondusif dan selesa,โ€ katanya.

Terdahulu beliau turut melancarkan โ€˜Peluncuran Aplikasi Telefon Bimbit: Perisian Pintarโ€™ yang akan digunakan sebagai panduan interaktif kepada orang awam dalam membantu mencegah dan memberi pendedahan awal dalam pencegahan dadah.

Pada masa sama beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam organisasi.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil dan Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah.

Accessibility Toolbar