Mesyuarat Menteri ASEAN mengenai masalah dadah kali ke-8

Oleh: Unit Antarabangsa

VIENTIANE, 11 Ogos 2023 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi mengetuai degasi Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri ASEAN Mengenai Masalah Dadah Kali Ke-8 di Kementerian Keselamatan Awam Lao People Democratic di Vientiane, Lao PDR.

Mesyuarat anjuran Lao National Commission for Drug Control (LCDC) berkenaan diadakan pada 9 hingga 11 Ogos lalu turut dihadiri menteri-menteri negara anggota ASEAN yang bertanggungjawab dalam isu dadah untuk membincangkan serta menetapkan dasar, strategi dan pelan tindakan ASEAN dalam menangani masalah dadah di rantau ini.

Mesyuarat itu turut membuat ketetapan mengenai Kenyataan Bersama ASEAN untuk disampaikan semasa Commission on Narcotic Drugs (CND) ke-67 pada tahun 2024.

Dalam mesyuarat sama, laporan ASEAN Drug Monitoring Network 2022 yang menjadi rujukan bagi situasi dadah semasa di rantau ASEAN turut dilancarkan.

Turut bersama KSU KDN ialah Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Narkotik, Polis Diraja Malaysia, CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din dan pegawai-pegawai kanan KDN.

Accessibility Toolbar