Kunjungan Hormat Ketua Pengarah AADK ke Jabatan Penerangan Malaysia

16 Julai, Putrajaya – Kunjungan Hormat Ketua Pengarah AADK, CP Dato Sri Zulkifli Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Dr. Sabri bin Zainudin Zainul dan pegawai kanan ke Jabatan Penerangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Aras 16 Kompleks Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalikan kerjasama antara jabatan dalam memberi kepakaran serta medium dalam menyebarluaskan maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah. Mesyuarat juga membincangankan cara atau pendekatan bersama yang boleh diambil untuk memberi fokus kepada Projek Rintis yang telah AADK laksanakan dalam memberikan maklumat kepada golongan yang berisiko tinggi menggunakan medium media digital yang menjadi medium utama pada masa kini.

AADK berharap agar kunjungan ini sedikit sebnayak memberi impak tinggi kepada masyarakat dalam melaksanakan Projek Rintis dengan menggunakan teknologi sebagai medium untuk menyampaikan maklumat serta jabatan-jabatan lain turut bersama-sama dalam membantu negara kita untuk bebas daripada masalah penyalahgunaan dadah dan subtan.

Accessibility Toolbar