Ketelusan dan Ihsan Demi Kepulihan Madani tema Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan Tahun 2023

Oleh: CT Ashlida Razali dan Ahmad Hakim Baihaqi

AMPANG, 17 November 2023 – Program yang bertemakan ‘Ketelusan dan Ihsan Demi Kepulihan MADANI’ dipilih sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua nadi penggerak dalam usaha menyampaikan perkhidmatan AADK sempena Program Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, belas ihsan dan sikap ambil peduli perlu diterapkan dalam diri masing-masing agar lebih cakna dalam isu serta permasalahan dadah dalam segenap lapisan masyarakat.

Jelas beliau, entiti sokong bantu seperti keluarga klien, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Mentor Kepulihan sangat memainkan peranan penting dalam menyuntik semangat dalam diri klien.

โ€œOleh yang demikian, peranan secara menyeluruh dalam segenap lapisan masyarakat bagi menghapuskan stigma negatif kepada mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah perlu ada.

“Saya percaya dengan gabungan kerjasama AADK bersama entiti-entiti sokong bantu yang lain, permasalahan dadah yang wujud setelah sekian lama dapat diatasi dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam majlis perasmian penutup Program Hari Apresiasi Kepulihan AADK Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sini, pada Jumaat.

Gambar AADK / Ahmad Hakim Baihaqi

Yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman; Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Khairul Anwar Bachok.

Dalam pada itu, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berharap agar semua peserta dapat memperolehi input yang berguna sepanjang program ini berlangsung agar dapat digunakan sebagai persediaan serta benteng dalam menghadapi cabaran pengaruh dadah pada masa akan datang serta dapat mengekalkan kepulihan.

โ€œPerlu diingat bahawa kepulihan merupakan suatu proses sepanjang hayat. Sekiranya jatuh, maka ambillah kekuatan dan semangat untuk bangkit semula,โ€ katanya.

Accessibility Toolbar