Keperluan mendesak jadi keutamaan – TKPP

Oleh: Fauzi Suhaimi

TAWAU, 22 Januari 2024 – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Puan Shobah Jamil menegaskan, pengurusan tertinggi memutuskan untuk mengutamakan perkara-perkara yang mendesak dan menjadi keperluan semua bagi aspek pentadbiran fasiliti AADK.

Beliau berkata, perkara itu bagi memastikan setiap yang dilaksanakan dapat dimanfaatkan secara menyeluruh selain pengurusan kos yang efektif.

โ€œSebagai contoh, peruntukan harta modal amat terhad untuk setiap tahun, jadi jika kita buat agihan kepada kesemua pusat tanggungjawab (PTj), saya pasti perolehan itu tidak berkesan.

โ€œJadi, saya merasakan perolehan yang mempunyai keperluan mendesak adalah lebih baik dan kos yang efektif.

โ€œSebagai contoh, jika kita lihat isu kemudahan pejabat seperti kerusi adalah keperluan mendesak bagi seluruh PTj, jadi kita utamakan perolehan ini dahulu,โ€ katanya ketika menyampaikan amanat ketika bertemu warga kerja AADK Daerah Tawau, Sabah pada Isnin.

Dalam pada itu, Puan Shobah berkata, Skim Antidadah adalah salah satu skim terpenting dalam penjawat awan.

โ€œSkim ini sebenarnya mempunyai kepakaran yang tersendiri dan saya bersetuju dengan Ketua Pengarah AADK agar skim ini kita perlu mantapkan agar perkhidmatan yang diberikan sentiasa relevan kepada masyarakat,โ€ ujarnya.

Terdahulu Puan Shobah turut melakukan pemantauan bagi gerak kerja pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Balung, Tawau, Sabah.

Puan Shobah ketika di bawa melawat tapak PUSPEN Balung, Tawau, Sabah. – Gambar AADK / Fauzi Suhaimi

Pemantauan itu melibatkan hasil kerja-kerja ukur dan tanda tanah sekali gus melihat kedudukan sebenar lokasi pembinaan PUSPEN itu yang berkeluasan kira-kira 12 hektar.

Wakil Jabatan Tahan dan Ukur Daerah Tawau turut sama dalam sesi pemantauan itu dengan memberi penerangan berkaitan kerja-kerja ukur tanah.

Turut hadir Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan AADK, Ahmad Musadad Sulaiman dan Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin.

Accessibility Toolbar