JAKIM Sarawak garis lima elemen kepulihan Maqasid Syariah

Oleh: Mohd Nabil Muiz

SAMARAHAN, 12 Julai 2022 – Lima elemen digariskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak dalam memastikan kepulihan sepanjang hayat bagi semua klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berlandaskan kepada konsep Maqasid Syariah.

Pengarah JAKIM Sarawak, Hamdan Jar’ee berkata, lima elemen itu ialah berkaitan dengan penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

aadk maqasid

Katanya, setiap insan perlu menghayati sepenuh jiwa terhadap penjagaan itu agar perkara-perkara yang tidak baik dapat dihindari khususnya penyalahguna dadah dan bahan.

โ€œPenjaga lima elemen itu tadi memberi gambaran bahawa agama adalah panduan kehidupan yang sebenar untuk memandu seseorang ke jalan yang diredhai serta tidak terjerumus kepada kemaksiatan dan kemungkaran.

โ€œSetiap ujian yang dihadapi memerlukan kekuatan untuk ditempuhi bersama-sama oleh semua pihak. Saling menyalahkan antara satu dengan yang lain tidak akan memberi kebaikan kepada sesiapa pun, malahan penyelesaian kepada sesuatu masalah sukar untuk diatasi,โ€ katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Safari Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera 2022 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching di sini.

Terdahulu Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon merasmikan program berkenaan.

aadk maqasid
KOLABORATIF JAKIM Sarawak dan AADK bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik demi menjamin kesejahteraan kepada semua pihak. – Gambar AADK

Hadir sama Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan; Pengarah AADK Negeri Sarawak, Iskandar Turkee dan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching, Yuliani Yahya.

Dalam pada itu, Hamdan berkata, kebersamaan JAKIM Sarawak dengan AADK adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik demi menjamin kesejahteraan kepada semua pihak.

โ€œSemangat Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera disemat agar tanggungjawab yang dipikul bersama ini dapat menatijahkan hasil yang terbaik kepada semua pihak.

โ€œAyuh kita jauhi najis dadah, maksiat kemungkaran perlu dihindari agar kehidupan ini dapat berseri.

โ€œBagi klien-klien yang telah diuji, usah luntur semangat untuk mengubah diri. Sama-sama kita semua panjatkan doa agar permintaan sang pendosa sentiasa didengari. Usah sombong diri untuk menginsafi, setiap masalah mesti mempunyai jalan untuk diatasi,” ujarnya.

aadk maqasid
Lima elemen digariskan JAKIM Sarawak dalam memastikan kepulihan sepanjang hayat bagi semua klien AADK berlandaskan kepada konsep Maqasid Syariah.

Accessibility Toolbar