Bina budaya kerja berpasukan

Oleh: Fauzi Suhaimi

HULU LANGAT, 26 Mei 2023 – Kursus Team Building Pengurusan Tertinggi dan Pegawai-Pegawai Kanan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diadakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 24 mei 2023 berjaya mengetengahkan semangat kebersamaan semua peserta tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Dato’ Muhamad Sade bersama pegawai AADK melaksanakan aktiviti dalam berkumpulan (LDK). Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Tujuan kursus itu juga bagi mengeratkan hubungan persahabatan antara semua Pengurusan Tertinggi dengan Pegawai Kanan AADK.

Antara aktiviti yang diadakan sempena kursus berkenaan termasuk ‘jungle trekking’, menusuli laluan berhalangan, permainan sukaneka, sukan air dan latihan dalam kumpulan.

Aktiviti itu secara tidak langsung bagi menguji ketahanan fizikal dan mental selain menerapkan sifat kepimpinan dalam kalangan semua peserta.

Pegawai AADK melaksanakan aktiviti ‘jungle trekking’ dalam berkumpulan. (LDK) – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin, kursus berkenaan diadakan bagi membentuk kerjasama antara semua pihak dan mengenali antara satu sama lain.

โ€œKita adakan kursus ini setiap tahun untuk memahami dan mengenali personaliti setiap pegawai AADK. Di sini kita tiada heriaki dan semua peserta adalah sama sahaja, jadi kita boleh beraksi dengan seronok.

โ€œSaya kita semua dapat teruskan semangat berpasukan sebegini apabila balik di pejabat masing-masing kelak dan bukan boleh bekerjasama ketika sesi kursus ini sahaja,โ€ katanya.

Pegawai AADK melaksanakan aktiviti sukan air dalam berkumpulan. (LDK) – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Turut menyertai kursus berkenaan ialah Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

Sementara itu, bagi Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu Ahmad berkata, semua aktiviti yang disediakan adalah bersesuaian dengan kemampuan peserta yang menyertai kursus ini.

โ€œSaya rasa seronok kerana disamping kita melakukan aktiviti, kita boleh mengeratkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain,โ€ ujarnya.

Accessibility Toolbar