Bengkel Reka Bentuk Pemikiran KBT rangka pelan holistik

Oleh: Nor Hajar Aswat Kamis

GEORGETOWN, 28 Januari 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang menganjurkan Bengkel Reka Bentuk Pemikiran Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Penagihan Dadah bagi Mukim 12 di Daerah Barat Daya pada Rabu lalu.

Bengkel Reka Bentuk Pemikiran adalah Gerak Kerja Jawatankuasa Kumpulan Penggerak Pengurangan KBT Penagihan Dadah.

Bengkel berkenaan bertujuan merancang dan menghasilkan pelan tindakan bersepadu membanteras masalah penyalahgunaan dadah dan bahan membabitkan seramai 46 peserta terdiri daripada wakil jabatan, agensi, pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin komuniti.

Antara peserta yang terlibat dalam Bengkel Reka Bentuk Pemikiran Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) kali ini. – Gambar AADK / Aswat Kamis

Antara pengisian bengkel adalah sumbang saran dan perbincangan kumpulan serta pembentangan idea daripada peserta bengkel.

Bengkel itu bukan sahaja memfokuskan permasalahan penagihan dadah namun ianya juga memfokuskan aspek-aspek perlencongan sosial dan gaya hidup sihat serta keselamatan.

Usaha itu antara lain adalah untuk menggerakkan Program Inisiatif Bersepadu melibatkan semua pihak untuk memerangi gejala penagihan dadah di KBT.

Selain itu, ia sekali gus menjadikan tekad AADK Negeri Pulau Pinang untuk memastikan pelan sistematik Penang Lawan Ancaman Dadah (PLAD) bagi tempoh lima tahun tercapai menjelang tahun 2025.

Antara program KBT yang telah digerakkan adalah Mukim 1, Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Mukim 21, Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) pada tahun 2021.

Bagi tahun 2022 pula, Mukim 20, Daerah SPT dan Mukim 13, Daerah Timur Laut (TL) seterusnya KBT di tumpukan kepada Mukim 19, Daerah SPT dan Mukim 13, Daerah TL untuk tempoh 2023.

Accessibility Toolbar