AADK rangkul tempat ketiga Anugerah Hari Inovasi KDN

Oleh: Ahmad Hakim Baihaqi Suhaimi

PUTRAJAYA, 12 Oktober 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berjaya memperoleh tempat ketiga bagi Anugerah Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan mempertaruhkan inovasi Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan Bergerak (MRT AADK).

MRT AADK adalah perkhidmatan rawat pulih baharu yang digerakkan secara mobile diperkenalkan AADK selepas dilancarkan pada Mei 2022.

Mengetengahkan konsep โ€˜AADK Kepada Andaโ€™, MRT bertujuan memudahkan proses rawat pulih klien sekali gus memudahkan akses kepada sistem rawatan dan pemulihan mereka yang terjebak dengan masalah penagihan dadah.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ruji Ubi menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM1,000 kepada Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon.

Untuk rekod, setakat September tahun ini, seramai 3,279 orang telah mendapatkan perkhidmatan MRT AADK digerakkan ke seluruh pelusuk tanah air berbanding 3,800 orang yang disasarkan pada tahun 2023.

Kemudahan itu bukan sahaja dapat dimanfaat oleh klien AADK yang berada di daerah dan institusi tetapi merangkumi Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Shobah Jamil, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Khairul Anwar Bachok dan Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan.

Seluruh warga AADK mengucapkan tahniah atas kejayaan ini. Syabas dan tahniah!

Accessibility Toolbar