AADK rai 87 warga yang bersara

Oleh: Nabila Rashid

KAJANG, 12 Oktober 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) meraikan 87 orang warganya yang bersara pada tahun ini dalam Majlis Persaraan AADK 2023 yang bertemakan ‘Titipan Kasih, Kenangan Abadi’ di Dewan Sri Akasia, di sini, pada Khamis.

Majlis berkenaan adalah satu manifestasi AADK untuk menzahirkan penghargaan, pengiktirafan dan ucapan terima kasih kepada semua pesara kerana telah banyak menabur jasa, bakti serta keringat sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan Persekutuan amnya dan AADK
khususnya.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, tugas dan amanah yang dipikul adalah suatu perkara yang amat mulia kerana menjadikan seseorang penagih untuk kembali normal itu bukanlah sesuatu yang mudah, malah memerlukan tekad dan iltizam yang tinggi.

โ€œNamun begitu, cabaran-cabaran yang dihadapi tidak sedikitpun melemahkan semangat para pesara dalam menjadi kumpulan sokongan kepada orang-orang yang memerlukan.

โ€œJusteru itu, sumbangan dan sokongan mereka dalam mengunggulkan nama AADK serta segala budi dan keringat mereka sudah pastinya akan disanjung dan dikenang sampai bila-bila,โ€ katanya ketika berucap merasmikan majlis itu tadi di sini.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, persaraan itu bukanlah sebuah perpisahaan, malah menyeru mereka untuk meneruskan usaha sebagai pakar dalam mencegah dan merawat pulih penagihan dadah dalam masyarakat di komuniti masing-masing.

Ujarnya, janganlah menganggap persaraan itu sebagai melepaskan bebanan yang dipikul, sebaliknya memikul amanah dalam konteks komuniti demi pembangunan anak bangsa pada masa akan datang.

โ€œSehubungan itu, saya mengalu-alukan kedatangan semua ke program-program yang dianjur AADK sekiranya ada yang merindui AADK.

โ€œDengan kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang diperolehi semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam boleh dijadikan modal untuk terus aktif dalam menyumbang bakti terutamanya kepada masyarakat selari dengan mesej โ€˜Pencegahan Dadah Bermula di Rumahโ€™,โ€ katanya.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Shobah Jamil; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok; dan Pengarah-pengarah Bahagian, Ne

Accessibility Toolbar