AADK Daerah ‘frontlines’ agensi

Oleh: Fauzi Suhaimi

KUALA SELANGOR, 12 Januari 2023 – Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan di peringkat daerah di seluruh negara adalah petugas barisan paling hadapan sebagai pihak yang melaksana tanggungajwab merawat pulih, mencegah dan menguatkuasa undang-undang terhadap isu penagihan dadah.

Ini kerana, mereka menggerakkan program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) serta mempunyai jumlah klien paling ramai berbanding Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) yang menjalankan program Rawatan dan Pemulihan Dalam Institusi (RPDI).

Sehubungan itu, Pegawai AADK di peringkat daerah perlu diperkasa bagi memantapkan lagi tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan berkesan dalan usaha mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) iaitu mengurangkan kadar penagihan dan meningkatkan kadar kepulihan.

Perkara itu ditegaskan Tuan Sutekno Ahmad Belon dalam sesi Lawatan Kerja Ketua Pengarah AADK yang pertama pada tahun ini di Pejabat AADK Daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Terdahulu Tuan Sutekno mendengar taklimat dan perancangan gerak kerja AADK Sabak Bernam dan Daerah Kuala Selangor yang disampaikan oleh Ketua AADK Daerah masing-masing.

Selain itu, Tuan Sutekno turut melakukan tinjauan persekitaran kawasan pejabat, fasiliti dan projek AADK Daerah.

Turut hadir Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Azmi Mustafa, Pengarah Unit Integriti AADK, Zulfikri Ab Manaf dan Pengarah AADK Negeri Selangor, Nazir Mohamad.

Accessibility Toolbar