10 Strategi Hala Tuju AADK kekal, 8 way forward 2024

Oleh : Fauzi Suhaimi

KAJANG, 2 Januari 2024 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memutuskan untuk mengekalkan 10 strategi hala tuju dengan tambahan lapan way forward baharu bagi tahun ini

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, keputusan itu sejajar dengan pelan strategik AADK 2021-2025 selain terus berusaha memperhebat peranan dan kefungsian tertentu selari dengan kedudukan AADK sebagai agensi peneraju utama dalam merawat pulih penagih dadah.

Berikut adalah 10 strategi hala tuju AADK tahun 2024:

i) memantapkan tadbir urus organisasi dan integriti pegawai bagi menyakinkan masyarakat bahawa AADK kekal utuh, telus dan adil dalam menjalankan kewajipannya, namun tetap beradab dan mesra pelanggan dalam memberikan perkhidmatan kepada klien dan masyarakat Malaysia;

ii) memperluas liputan program pencegahan berasaskan Model i-Cegah AADK menerusi pendekatan pencegahan dadah bermula di rumah. Lebih Baik Cegah!;

iii) membangunkan satu sistem profiling merangkumi data penagih dadah dan anggaran penagih dadah di Malaysia bagi meningkatkan pengesanan secara aktif OYDS menyalah guna dan menagih dadah di setiap daerah melalui pelaksanaan Model i-Prihatin AADK;

iv) memperkukuh program RPDI dan RPDK berasaskan Model i-Pulih AADK melalui Program Bisopsikososial Spiritual berlandaskan pembuktian (evidence based);

v) memperluas capaian perkhidmatan melalui perkhidmatan rawatan dan pemulihan bergerak MRT AADK untuk merawat pulih klien di luar premis dan fasiliti AADK secara teratur dan berstruktur;

vi) memperkukuh Recovery Capital melalui program Sokongan Pengekalan Kepulihan menerusi Model Kelompok Sokongan Kepulihan Keluarga (KSKK);

(vii) meningkatkan kapasiti dan keupayaan pegawai-pegawai AADK dengan memberi pengiktirafan sebagai pakar dalam kaunseling melalui Pensijilan Perakuan Amalan AADK;

(viii) menggalakkan penyelidikan ilmiah sebagai salah satu tunjang untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam bidang-bidang teras AADK;

ix) memperkukuh jaringan kerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dan badan-badan dunia berkaitan kawalan ke atas dadah dan pada masa yang sama terlibat aktif di peringkat antarabangsa bagi melindungi kepentingan Malaysia; dan

x) mengamalkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, selamat dan sihat bagi memberikan keseronokan kepada warga AADK untuk bekerja.

Antara lapan way forward tersebut adalah seperti berikut:

i) menyebarluaskan program pencegahan dan program post continuum care antaranya melalui Alternative Service Delivery (ASD) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan melihat peluang untuk menggunakan kesukarelawan (berbayar) dalam pelaksanaan ASD;

ii) mengindustrikan Pusat Pemulihan Penagihan Dadah Persendirian (PPDP);

iii) mengurangkan program besar-besaran peringkat nasional sekali gus menyalurkan peruntukan berkenaan ke peringkat daerah;

iv) mental readiness kepada pelaksanaan Pindaan Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983;

v) menubuhkan Teaching PUSPEN di PUSPEN Benta;

vi) membangunkan tanah-tanah hak milik AADK yang luas dan terbiar untuk projek tanaman ladang koko dan ladang pisang;

vii) permohonan projek pembinaan pejabat dan fasiliti AADK dalam Rolling Plan 5 2024 atas tanah hak milik AADK; dan

viii) mengkaji perubahan cara kerja untuk jangka masa panjang agar AADK kekal sebagai agensi peneraju dalam membanteras dadah.

Accessibility Toolbar